Friday 29 March 2013

Juadah Jumaat ~ Jom Lunch

ok...juadah lunch kami hari jumaat...siakap 3 rasa, bendi goreng telur n kerang rebus serai...kerang tu nak tambahkan hbku agar maintain....ok mcm biasa resepinya....


SIAKAP 3 RASA

Bahan A (untuk ikan)
1 ekor ikan siakap
1 sudu besar tepung jagung
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji tomato
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 cm halia (dihiris halus)
1 batang serai
2 helai daun limau purut
Minyak untuk goreng ikan

Bahan B (untuk sos)
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
1 sudu kecil gula pasir

Bahan C (untuk hiasan/tabur)
1 ikat daun bawang
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 biji buah tomato (dipotong 4)

Cara membuatnya:
Sapukan tepung jagung sekeliling ikan.(gaul dahulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan.
Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
Masukkan bahan² sos dan biarkan mendidih.(tambah air sedikit).
Kacau rata dan biarkan mendidih.
Masukkan bahan hiasan.
Tuangkan ke atas ikan tadi.


  

BENDI GORENG 

Bahan-bahan



15 biji bendi - dipotong nipis secara serong

2 biji telor - dipukul

Bahan kisar

2 - 3 cili merah dibuang biji

2 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

* sedikit garam & perasa

minyak utk menumis


Cara-cara



Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.

Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.

Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..

Siap utk dihidang.. senangkan


KERANG REBUS


Bahan1 kilo kerang
1 labu bawang besar ( saiz kecil ) – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
3 hiris halia – dihiris
1 batang serai ( di ketuk atau di hiris kasar2 )
sedikit garam
serbuk perasa ( jika suka )
minyak untuk menumis


Cara penyediaan.
1.  Tumis bahan hiris hingga berbau kemudian masukkan sedikit air ( dalam 1 atau 2 cawan, ikutlah banyak mana anda mahukan kuahnya)
2. Bila kuah mendidih masukkan kerang, tutup sebentar sesuaikan rasa.
3. Bila kerang masak bolehlah diangkat……






No comments:

Post a Comment