Wednesday 9 July 2014

berbuka dengan masakan suami

Alhamdulillah....kenyang perut dapat berbuka dengan air tangan suami...sedapp...kebetulan suami off hari ni...jadi dapatlah isterinya rehat balik keje..sementara waktu berbuka...TQ dear..:)

Ayam panggang

kuah...

tara..nasinya...

Friday 4 July 2014

6th iftar ~ paru goreng sambal, daging palembang & tepung gomak

ok...menu untuk 6th iftar...kegemaranku paru goreng....nyum2...pastu tambah daging palembang...tepung gomak tu adikku yang buat...jom layan...



 PARU GORENG SAMBAL

Bahan-bahan:

300g paru - direbus kemudian hiris nipis2
sedikit serbuk kunyit dan garam
1 sudu makan jintan manis-ditubuk
sedikit minyak

Bahan untuk sambal:semua bahan ni dikisar
5-6 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
sedikit belacan
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Gaulkan paru yang telah direbus dan dihiris nipis bersama jintan manis yang teLah ditumbuk, serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak. Goreng paru tadi hingga agak2 garing. angkat dan ketepikan.
  3. Untuk menumis,panaskan minyak (guna sedikit drp lebihan minyak untuk menggoreng tadi),tumis bhn kisar hingga masak atau naik minyak.
  4. masukkan air asam jawa, gula dan juga sedikit garam. garam jgn byk sbb paru goreng dh masin.
  5. last sekali masukkan paru tadi. gaul rata dan masak hingga sambal tu kering baru angkat dan dihidangkan.
makan x tengok kiri kanan


DAGING PALEMBANG

Bahan-bahan:
 
550 Gm daging lembu-dikisar halus
100 gm bawang merah
20 gm bawang putih
20 gm halia
50 gm serai
50 gm lengkuas
100 gm cili merah
30 gm cili padi
30 gm cili kering-direndam
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit
60 ml sos tomato
3 sudu besar serbuk belacan - *saya tak letak
2 sudu jintan manis
2 sudu besar biji adas
60 ml minyak masak
1 biji kelapa- i liter santan


Cara-cara:
 
 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing
2. Masukkan daging yang dipotong nipis ,jintan,adas,belacan,sos tomato dan kacau hingga sebati

3. Setelah naik bau masukkan santan,asam keping ,daun kunyit,dan masak daging hingga empuk,,setelah cukup rasa angkat dan hidangkan

blur skit gambarnya...maklumlah guna Hhp je...:)
 
 
KUIH TEPUNG GOMAK

Bahan-bahan "A":
200 g kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
1/2 kilo gula timbang
300 g gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan-bahan "B"
600 g tepung pulut
1 mangkuk air
400 g tepung kacang hijau
sedikit garam

Cara-cara untuk Bahan "A"
1. Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian tumbuk sampai hancur.
2. Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tuangkan air
gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam
ke dalam kuali di atas api yang sederhana besarnya.
3. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk Bahan "B"
1. Uli tepung pulut dengan air dan garam, sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.
3. Panaskan air dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak.
4. Angkat dan golek-golekkan di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Panduan
Cara membuat tepung kacang hijau untuk Bahan "B". Terlebih dahulu
kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditos. Kemudian
di sanggar sehingga kuning. Setelah itu baru dihantar mesin menjadi tepung kacang hijau.



nii adikku yang buat...

Wednesday 2 July 2014

4th iftar ~ rendang daging, ikan percik, kangkung goreng & kuih bronok

Bertemu lagi kita...Alhamdulillah...sudah hari ke-4 kita berpuasa...jom intai juadah apa pulak hari ni..mood nak membebel xde....nak tepek resepi je...:P

RENDANG DAGING


Bahan-bahan :

  1. 1 kilo daging lembu (dipotong kiub)
  2. 3 helai daun limau purut
  3. santan secukupnya
  4. 2 sudu besar kerisik
  5. 1 batang serai (diketuk)
  6. sedikit air asam jawa
  7. 1 sk serbuk jintan putih
  8. 1 sk serbuk ketumbar
  9. garam dan gula melaka secukupnya
  10. 1 helai daun kunyit (diracik)
bahan-bahan yg perlu dikisar :
  1. 1 labu bawang besar
  2. 5 biji bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 15 biji cili padi  (boleh tambah atau kurang)
  5. 1/2 inci lengkuas
  6. 1/2 inci halia
  7. 1 batang serai
  8. 1 cm kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, jintan putih dan ketumbar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga empuk.
  3. Kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit, garam, gula melaka dan air asam asam jawa. Masak lagi hingga kuahnya pekat. Nak masak hingga kering pun boleh.
rendang mak saya selalu buat dolu-dolu...i likeeee!!!


IKAN PERCIK 
Bahan-bahan
  1. 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  2. 2 labu bawang merah besar *
  3. seulas bawang puteh *
  4. seinci halia *
  5. 3 tangkai cili kering *
  6. santan untuk kuah percik
  7. manisan *
  8. garam
  9. sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
  10. 1 asam keping

Caranya:
  1. Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  2. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  3. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  4. Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
  5. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti atau boleh curahkan terus lebihan kuah semasa menghidang.
slurpp!!


kangkung goreng tepek gambar je la...resepinya mudah sangat...campak2 siap..hihi...

sayur kegemaran


BRONOK SAGU

Bahan-bahan

    * 1 gelas sagu biji kecil
    * 3 gelas air
    * 3/4 gelas gula pasir
    * Sedikit pewarna merah
    * 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
    * 1 sudu kecil garam
    * 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang dicampur garam..

ni la rupa bronok sagu

Tuesday 1 July 2014

3rd iftar ~ ayam percik, sayur keledek+cekur manis & puteri mandi

ok...ni menu untuk hari ke-3 puasa kami...ayam percik, sayur keledek @ orang kelate panggil ubi setelo campur cekur manis dan kuih puteri mandi....jom layan resepi...

AYAM PERCIK

Bahan bahan: 1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
 
x berapa merah coz cili letak sikit je...

SAYUR KELEDEK + CEKUR MANIS

Bahan-bahan
  1. Secekak sayur pucuk manis
  2. 1 -2 biji keledek saiz sederhana ( potong dadu dan rebus 3/4 masak )
  3. 1/2 biji kelapa ambil dalam 1 liter santan
  4. 3 biji bwg merah – hiris @ ditumbuk
  5. 1 ulas bwg putih – dihiris atau ditumbuk
  6. sedikit ikan bilis ) di tumbuk kasar
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan kecuali sayur pucuk manis dalam periuk, kemudian masak atas api sederhana.
  2. Kacau2 kan santan hingga mendidih kemudian baru masukkan sayur pucuk manis dan garam.
  3. Sesuaikan rasa… bolehlah diangkat… 
 
lama x makan sayur ni

PUTERI MANDI

Bahan kuih
  1. 1 cawan tepung pulut
  2. 1/2 sk air kapur
  3. Pewarna
  4. Sedikit air

Bahan kuah:
  1. 1/2 cawan gula (saya guna gula melaka)
  2. 1/2 cawan air
  3. 1/2 biji kelapa parut
  4. 2 helai daun pandan
  5. Garam

Cara-cara:
  1. Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas.
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai. Biasanya warna hijau dan putih.
  3. Sementara itu, didihkan setengah periuk air.
  4. Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya.
saya buat kaler hijau je...