Monday 23 December 2013

Family Day - Sunway

Masa untuk bersantai bersama family tercinta setelah penat bekerja...sempena cuti krismas n cuti mid term poli seminggu...amik peluang ni bercuti kebetulan company asben buat family day...kalo p&p bermula susah dah saya nk bercuti...kali ni ke sunway lagoon...tahun lps buat kat gambang waterpark...tapi masa tu kami xjoin...sbb dlm pantang tp kami pegi sendiri ujung tahun tu...rugi kalo xguna voucher tu...hehe...smp ke sunway pun lewat...jd xjoin la aktiviti ptg tu...just join dinner je mlm...esok nye aktiviti bebas...tp xberpeluang lah nk main air...kene jaga si budak kecik ABID ni...programnya 20-21/12...so lps check out tu planning ke tanah tinggi plk...last minute punye planning...sebelum ni ingat lps family day nk jalan2 ke rumah kakak saya kat shah alam..tp kakak balik kg(kelate) plk coz bapa mertuannya masuk wad terkena kayu....jadi destinasi kami pun tersasar ke lain la...nasib baik ade lagi hotel kosong...tu pun yang dh last dh...maklumlah musim cuti perayaan....ape2 pn blh lah tenangkan minda n lupa sekejap pasal keje...enjoyyy!!!



xdpt nak main...huuhu..rugiii...

selesai check out...sebelum bertolak ke tanah tinggi

bergambar bersama dgn binatang2 kaku kat belakang tu...

ni kolam hotel kat tanah tinggi

ni kat colmar tanah tinggi...

Saturday 14 December 2013

BUAH LABU RASULULLAH V.S BUAH LABU YAHUDI

MUKADIMAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Buah Labu adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w yang berasal dari Pohon Saudaranya Nabi Allah Yunus a.s, Para Sahabat Rasulullah telah menjadikannya sebagai kegemaran mereka setelah mereka semua mendapat tahu bahawa Buah labu adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w.

Buah Labu di zaman Rasulullah telah diangkat ke tempatnya (di muliakan), dijadikan hidangan yang sangat teristimewa, para sahabat sangat meraikan menjunjung apa sahaja kesukaan dan kecintaan Rasulullah s.a.w.

Buah Labu sering dijamukan kepada tetamu istimewa juga pada hari-hari islam yang teristimewa. Buah labu telah menjadi santapan makanan yang cukup terkenal dan esklusif di zaman Rasulullah dan Sahabat. 

Rasulullah sangat mengasihi pohon saudaranya Nabi Allah Yunus a.s, juga Rasulullah sangat meraikan saudaranya seperti sabda baginda s.a.w:

"Janganlah kalian membanding-bandingkan aku atas Yunus bin Mata. (Nabi Allah Yunus a.s)"


Rasulullah bersabda:
Nama Tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun. Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan, Kalimah tersebut adalah tasbih Saudaraku Nabi Yunus a.s"


HADIS MENGENAI KEUTAMAAN BUAH LABU

Satu kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik:

"Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah dijemput ke jamuan makan oleh seorang tukang jahit dan aku pergi bersama baginda. Tuan rumah menghidangkan roti gandum, kuah berisi labu, dan daging. Aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم mencari-cari labu di dalam piring hidangan. Sejak itu, aku menyukai labu." (Riwayat Muslim)

Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Baginda suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Dalam kitab Al-Ghailaaniyyat diceritakan:

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".
BUAH LABU "HADIAH KEMENANGAN" NABI YUNUS A.S

Allah s.w.t di dalam kalamNya  (Al-Quran) ada mengisahkan mengenai Ujian Nabi Yunus a.s di dalam perut Ikan Nun (Paus), lalu merintih taubat Nabi Yunus a.s "Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya daku telah menzalimi diriku sendiri"  

Allah sentiasa mendengar rintihan kekasihNya, lantas Nabi Yunus a.s diberikan pengampunan dan kemenangan dengan melepasi ujian terpenjara di dalam perut ikan nun,  Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah mengeluarkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dikeluarkan, Allah s.w.t telah menghidupkan pohon labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buah tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus a.s dikeluarkan ke darat, keadaannya amat letih. Allah telah menghadiahkan kemenangan kepada Nabi Allah Yunus a.s akan Buah Labu sebagai Anugerah Kemenangan melepasi ujian ini.

Seperti mana dikisahkan di dalam Al-Quran:
“Dan kami tumbuhkan untuk dia (Nabi Allah Yunus a.s) sebatang pohon dari jenis labu,” (Ash- Shaffat [37]: 146)
Ayat ini menceritakan kisah Nabi Yunus setelah ditelan ikan paus lalu Allah s.w.t menyelamatkannya dan menumbuhkan pohon yaqtin atau labu.
FAKTA MENGENAI BUAH LABU


Buah Labu adalah sebuah tanaman yang senang ditanam, hanya memerlukan masa tiga hingga empat Bulan untuk menuai hasilnya, kos penyelanggaran yang sederhana dan kos kerugian serta kerosakan buah yang rendah.

Buah Labu boleh disimpan lama, ketahanan dan kelasakan buah labu jika disimpan dengan elok mampu bertahan dengan suatu tempoh yang panjang sehingga setahun dan lebih. Buah labu mengandungi benih di dalamnya, senang disemai dan tumbuh membiak.

Dalam sejarah, Buah labu telah sampai ke Nusantara melalui para pedagang dan pendakwah yang datang bersama kapal laut mereka sambil membawa buah labu dan benih ke sini. Ada yang berpendapat bahawa buah labu dibawa dari India atau China, berasal dari Tanah Syam dan sekitarnya, (Tempat Asal Nabi Allah Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan nun).

KHASIAT BUAH LABU


Vitamin A              
Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

Kulit Halus Berseri  
Amalan memakan buah labu, dapat mencantikkan kulit yang kusam menjadi halus berseri.

Antioksida  
Amalan memakan buah labu adalah baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

Rabun Malam   
Buah labu juga elok bagi mereka yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

Masalah Paru-Paru   
Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Caranya dengan mengambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum.
MUSLIHAT KEJAHATAN YAHUDI TERHADAP BUAH LABU

Yahudi telah menghina Buah Labu Rasulullah s.a.w dan pohon Nabi Allah Yunus a.s dengan mencipta agenda "Halloween".

Asal-usul Halloween merupakan satu perayaan agama Kristian Katolik. Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan singkatan perkataan kepada All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow). 


Simbol "Halloween" adalah Buah Labubuah labu yang dicungkil dikeluarkan segala isinya, ditebuk dicorak untuk menyerupai wajah yang mengerikan. Karakter yang sering mereka dikaitkan dengan Halloween misalnya karakter syaitan dan iblis dalam kebudayaan Barat, manusia labu, makhluk angkasa luar, tukang sihir, kelelawar, burung hantu, burung gagak, burung pemakan bangkai, rumah hantu, drakula, kucing hitam, labah-labah, goblin, zombie, mumiya, tengkorak, dan manusia serigala.

Perayaan Halloween disambut setiap tahun pada 31 Oktober di Eropah dan Amerika Syarikat. Pada hari perayaan, kanak-kanak akan memakai kostum watak-watak yang mengerikan seperti hantu, ahli sihir, goblin, drakula dan sebagainya. Kanak-kanak akan pergi ke setiap rumah dan menjerit "Trick or treat!" yang bermaksud 'beri kami gula-gula atau kami buat kacau'. Sekiranya tuan rumah tersebut tidak memberi gula-gula maka kanak-kanak itu akan buat kacau (huru-hara).

Yahudi mencipta watak dan karekter ini sebenarnya hendak menghina dan memperolok-olok (mengejek) tentang Akhlak Rasulullah s.a.w ketika berziarah ke rumah para sahabat atau menghadiri majlis di rumah sahabat, Rasulullah dengan akhlak dan adab yang mulia memberi ucapan salam "Assalamualaikum wbt" para sahabat mejawapnya lantas menjemput Rasulullah masuk dan meraikan Rasulullah sebagai tetamu teristimewa, Para sahabat semestinya akan menghidangkan masakan Buah Labu kesukaan Rasulullah, juga Para sahabat turut menghadiahkan Rasulullah Buah Labu dan masakan labu untuk dibawa pulang untuk isteri-isteri Rasulullah dan anaknya Sayidatina Fatimah Az-Zahra.

Yahudi meniru dan mengaplikasikan adab akhlak Rasulullah dengan mencipta agenda "Halloween" untuk mempersenda baginda jujungan kita Rasulullah s.a.w.
 
Di Eropah dan Amerika syarikat, Yahudi telah meletakkan Buah Labu di tempat yang "Hina" seperti dilonggokan sampah dan di tepi jalan supaya buah labu ini dimakan oleh tikus dan serangga perosak yang lain.

Mereka (yahudi) tidak sama sekali memakannya kerana mempercayai bakal membawa kecelakaan pada diri, mereka menanamnya untuk pelbagai tujuan jahat, hanya menjadikannya sebagai alat seni agenda "Halloween" dan seni-seni lain yang boleh dikomersialkan melalui "Halloween" seperti membuat filem, produk makanan, cenderahati dan apa-apa sahaja mengenai tema "Halloween".
Itulah kejahatan dan kebencian mereka yang teramat sangat terhadap apa sahaja kesukaan Rasulullah, kesemuanya akan menjadi mangsa kebenciannya. Itulah Yahudi Laknatullah (Anak didik Dajjal) yang mana Buah Labu Rasulullah telah berjaya mereka tukarkan menjadi Buah Labu Pemujaan dan Buah Labu Dajjal mereka.

Manusia Hallowen citaan yahudi

 
PEPATAH MELAYU MENGENAI BUAH LABU

Pepatah melayu lama penuh dengan seni dan teguran kreatif, pepatah ini mempunyai dua maksud tersirat, iaitu peringatan yang nyata serta berunsur dakwah Tassawuf (lahiriah & rohaniah).


"Jangan menjadi seperti tikus membaiki labu"

Membawa maksud sesuatu perkara yang telah rosak, janganlah dirosakkan lagi (bertambah rosak) dengan tindakan kita yang salah (akan perkara yang sudah rosak)

Dari segi pandangan seni Tassawuf membawa pengertian seperti Jangan menjadi seperti "Tikus" yang suka merosakkan sesuatu perkara, air liurnya adalah racun dan air kencingnya membawa wabak penyakit (kencing tikus).
Begitulah "Yahudi" yang suka menjahanamkan merosakkan sesuatu fitrah yang bersih terhadap dunia, Yahudi dengan "minda Istidrajnya" merasa mampu mengaplikasi dunia mengikut telunjuknya, berusaha menganggu mencabar sistem Allah dan Rasul, dan sihir-sihir yahudi boleh membawa kepada wabak penyakit hati yang rosak lagi merosakkan seperti (virus Al-Wahan).

KESIMPULAN

Buah labu adalah buah kesukaan Rasulullah dari Pohon Nabi Allah Yunus a.s. Manusia pertama memakan buah labu adalah Nabi Allah Yunus a.s dan menjadi kecintaan Rasulullah dalam meraikan buah labu saudaranya Nabi Allah Yunus a.s.

Betapa kejamnya yahudi dalam memesongkan keutamaan dan kesukaan Rasulullah dan meletakkannya ditempat yang hina dan batil.

Artikel Buah Labu Rasulullah V.S Buah Labu Yahudi bukanlah sesuatu perkara yang lucu boleh diketawakan, artikel ini menjelaskan memperjuangkan hal sebenar di sebalik keutamaan Buah Labu, sekaligus menerangkan kepada kita bahawa telah berlaku pertembungan antara Kebenaran V.S Kebatilan.

Buah Labu penuh keistimewaannya yang tersendiri bagi pencinta Rasulullah dan sahabat, Jadikanlah Buah Labu sebagai Makanan teristimewa kita sebagai umatnya, dengan Membela dan meletakkan kembali (Buah Labu kecintaan Rasulullah) di tempat yang Mulia (Menghargai mensyukuri rezeki dari Allah), Mengenang dan mengigati Buah Labu sebagai "Buah Kemenangan Nabi Allah Yunus a.s" daripada peristiwa Ujian Allah dan Hadiah Allah terhadapnya.

Marilah kita menjadikan Buah Labu sebagai makanan yang teristimewa, Hargailah Buah kemenangan Nabi Allah Yunus a.s dan Buah kecintaan Rasulullah s.a.w, Apa sahaja yang Rasulullah s.a.w suka, Allah s.w.t suka, jadikan Buah Labu sebagai santapan esklusif serta kegemaran kita semua, InsyaAllah.

Saturday 7 December 2013

12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW) dan kelebihanya

1.Barli (جو jau)
Baik demam, manakala menggunakan dalam bentuk sup.


2.Kurma (کھجور)
Rasulullah (SAW) berkata bahawa sebuah rumah tanpa Kurma tidak mempunyai makanan. 
Ia juga perlu dimakan pada masa bersalin.
3.Ara (انجير)
Ia adalah buah-buahan dari syurga dan ubat untuk buasir.
4.Anggur (انگور)
Rasulullah (SAW) amat suka anggur - membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.

5.Madu (شہد)
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 
2. Mencuci perut 
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. 

6.Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)
Rasulullah (SAW) berkata: 'Tiada wanita yang mengandung dan makan tembikai air akan gagal untuk menghasilkan musim bunga yang baik di wajah dan baik dalam watak.
7.susu
Rasulullah (SAW) berkata bahawa susu dari kamu dari haba dari jantung seperti jari dari kamu peluh dari dahi. Ia menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui visi dan memandu dari kealpaan.
8.Cendawan (کھمبي)
Rasulullah (SAW) berkata, cendawan itu adalah penawar yang baik untuk mata, ia juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran dan lumpuh tangkapan.
9.Minyak Zaitun (زيتون)
Rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, melengah-lengahkan usia tua, dan merawat radang perut.
10.Delima (انار)
Rasulullah (SAW) berkata ia membersihkan anda Iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari.
11.Cuka (سرکہ)
 makanan Nabi Muhammad (SAW) digunakan untuk makan dengan minyak zaitun. 


Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.

12.Air (پاني)
Rasulullah (SAW) berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air
Minuman Manis dan Sejuk 
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 
Ringkasan adab minum 
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat 
Kadang-kandang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS"


Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".
 
p/s:jadikan makananmu sebagai ubat dan jadikan ubat sebagai makananmu.

Friday 6 December 2013

Puding roti bakar berkuah

nyummy....hehehe...ade roti yang xberjaya dihabiskan...daripada expired n membazir baik kita buat puding yg nyaman ini...resepi sy amik kt SINI ...tapi saya tepek juga la untuk rujukan bersama...jomm...

Bahan2 puding:
8 keping roti (sapu butter depan belakang dan potong 4)
2 senduk kismis (saya letak xkotak kecil tu je..buat syarat)
2 senduk gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan susu segar

Bahan2 kuah:
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan air sedikit)
1 sudu teh esen vanilla


Cara2 membuat puding:
1. Susun roti yang telah dipotong ke dalam loyang berselang seli dengan kismis dan ketepikan (sy guna loyang empatsegi saiz xtau..hihi).
2. Pukul telur, gula dan esen vanilla sampai gula hancur. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi roti dan biarkan sekejap dalam 5 minit untuk roti kembang. Tabur sedikit gula atas adunan (kalau suka supaya nampak lebih cantik perangnya bila lepas bakar)
4. Panaskan oven 190 darjah celcius. Bakar puding selama 20 minit.
5. Setelah masak, sejukkan sebelum dimakan bersama kuah.


Cara2 membuat kuah:
Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api sampai sedikit mendidih. Sejukkan sebelum dimakan bersama pudding roti.


 ok...selamat mencuba semua...











Saturday 30 November 2013

DIET RASULULLAH S.A.W

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sembarangan. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
  • Jangan makan SUSU + DAGING
  • Jangan makan DAGING + IKAN
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makan BUAH + SUSU Cth: KOKTEL
Cara Makan :
  • Jangan makan buah setelah habis makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, barulah makan nasi.
  • Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
  • Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…cubalah try yer… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek, akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. Kerana ia juga terbukti dalam kajian.
Nabi S.A.W. pernah mencegah kita daripada memakan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion + sedangkan dalam ikan mengandung ion -.
Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
  • Nabi S.A.W. juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Monday 11 November 2013

Air Tangan suami ~ Nasi Kabshah

Hari ni kat ofis dapat mesej dari suami...minta buat pilihan untuk berbuka hari ni samada no 1: dinner kat luar @ no 2: dia masak special...errmm...disebabkan suami off day hari ni..of course saya pilih no 2...hihihi...Alhamdulillah....berselera makan masakan air tangan suami...sedap...:)..lps ni boleh lawan masak dgn en suami...kikiki...:P..jom layan gambar...




nasi kabshah + daging + tomato + bawang goreng + daun ketumbar


kari daging

lupa nk snap gambar yang kat dlm pinggan...xnyempat2..terus ngap...huhhu...

Monday 4 November 2013

Balik kampung

Alhamdulillah...akhirnya dapat balik kampung...dah lama xbalik kampung sejak datang paka selepas abis cuti bersalin...kira 2 bulan jugak xbalik...bukan ape...suami sibuk ngan shutdown n kelas...time shutdown ni...cuti 1 hari je seminggu....memang xsempat nk balik kg...jadi saya amik cuti hari khamis...ahad tu dah cuti untuk deepavali...jd boleh lah lama skit kt kg...bila dh di kg tu...memang mcm2 la nk dibuatnya....
ok lah kita layan gambar jela ek....malas nk mengarang sebenarnya..hihi...


 perjalanan balik kampung...sy dok seat blkg jaga abid...suami ngan adik ipar kt depan
  hasil kutipan di kebun mertua

  close up skit

  ulam-ulaman

  goreng pun sodap

  my pebret...singgang ikan tongkol...kami panggil 'ike ayo'..mkn hari2 pn x ape...hehe

  biasa makan x?ni namanya jeruk maman...org luar xtau panggil ape...sedappp

  tarraa!!!!

  karikatur KAMI...

  flyers 

  LIKE kat fb and then we got this...

  baju abid

  baju abid lagi..huhu

  kupon untuk abid..gift dr company asben...boucher PARKSON...

ni plk untuk ummi abid..abah abid xde...hihi

Thursday 17 October 2013

selamat hari raya aidiladha

Tahun ni beraya haji diperantauan...sob3...en suami keje lagi malam raya tu...mmg xcuti...mmg bz skit die sejak sebln yg lepas...semgg cuti 1 hari je...company nya tgh shutdown...jd agaknya byk task la kot yg perlu dibuat...jadi kalo balik pun mesti terkejar-kejar....maklumlah nak balik ke rumah dua2 pihak...jadi kami beraya di Paka jela...hari ke 2 baru g jalan2...hari raya pertama tu lps blk solat raya (suami je yg pegi, kita solat kt umah je...xde sapa nk jaga Abid)..suami dh kepenatan...maklumlah...pg tu baru blk dr keje...saya plak menyiapkan juadah kami utk hari tu...nasi beriani...jom layan resepi...

KERUTUK
Bahan bahan:

1 kg daging batang pinang (potong tebal 1 atau 2")

3 sb rempah kerutuk

8 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

Kayu manis, bunga lawang, pelaga

1 kotak santan - bancuh dengan air secukupnya.

3 sb kerisik

Garam

Gula

Gula Melaka

1 keping asam keping

Tomato ketchup - boleh menyedapkan lagi



Cara cara:
  1. Separuh dari bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh lagi dihiris.
  2. Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak.
  3. Masukkan daging dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta daging empuk.
  4. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato (saya x letak).

  kerutuk daging

Dalca Sayur
Kacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)
Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)
Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (banduh dengan sedikit air)
Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
Santan
Sayur yang digemari
garam

Cara-cara :
 
  1. Rebus kacang dal sampai empuk.
  2. Panaskan sikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau
  4. Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing
  5. Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras (saya guna carrot, dan kentang)
  6. Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut. Saya letak terung je
  7. Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan 
  8. Perasa kuah dalca tu tunggu sampai mendidih. Boleh la tutup api

       sayur dalca

untuk nasi beriani plk...pkai rempah segera yg dijual kt kedai tu...cara masak tgk kt belakang plastik dia...hehe...nk cepat punya pasal...nnti ade masa i'Allah akan cuba buat nasi beriani yang real punya...
juadah kami
                                                       

hari ke-2...suami blk keje pagi tu terus ke tmpt org korban...coz suami pn amk 1 bahagian...suami bawa balik sebahagian tulang n daging utk bahagian kami makan n utk jiran kami...selebihnya suami dah tinggalkan kat org masjid utk diedarkan...jadi saya bersihkan n rebus tulang tu...best ni buat sup...tiba2 suami bagitau kawan2 nya nk dtg ziarah...dalam 4 org...nasib baik rebus byk terus tulang tadi...pastu buat daging goreng n acar je...yang lawaknya...ingat diorg nk dtg lps zohor...skali dh bertolak...waktu tu br pkl 12...jd masakan masih di atas dapur...hidang air n kek gula hangus dlu(kebetulan buat kek hari tu)...sebelum hidang masakan utama...seronok pulak menjamu tetamu walaupun pada asalnya agak kelam kabut jadinya...puas hati bila makanan habis dimakan...dah tu tuan rumah makan ape?hehe...kebetulan kawan ofis jemput kenduri di rumahnya...jadi rezeki tengah hari kami di sana...alhamdulillah..:)

 selamat hari raya aidiladha dr KAMI


*x sempat nak snap gambar para tetamu..:D