Thursday 7 March 2013

Juadah berbuka

Alhamdulillah masih diberi keizinan olehNya untuk bernafas di bumi indah ini....hari ni nak kongsi resepi juadah berbuka puasa khamis 7/3/2013....juadahnya soto nasi impit ngan puding laici sebagai pencuci mulut.

untuk resepi kuah soto ni saya ambil kat dapur Mat gebu ....nasi impitnya just beli yang segera....x rajin untuk menghimpit mcm org dolu2...hehe...ok jom layan....:)


BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..

ini la hasilnya

bagi resepi begedil plk saya cilok kat blog FaRmys ... saya buat begedil kentang je...ada org die letak ayam atau daging cincang...mana2 pun boleh...ikut selera masing2...ok saya tepek resepinya...

Bahan-bahan (2-3 orang)

3 biji kentang saiz sederhana (di potong sederhana)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 ulas bawang putih (dihiris halus)
sedikit udang kering
sedikit lada hitam (kalau nk guna cili api pun boleh)
daun sup (dihiris)
1 biji telur
minyak
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Goreng kentang dengan sedikit garam. asingkan.
  2. Goreng bawang merah dan bawang putih. asingkan.
  3. Tumbuk semua bahan-bahan (lada hitam, udang kering dan bawang yang telah digoreng (nak guna serbuk lada hitam pun boleh, saya tumbuk lada hitam bulat-bulat tu).
  4. Lenyek atau tumbuk kentang kemudian gaul sebati dengan bahan di atas bersama daun sup.
  5. Kepal-kepal kentang tadi mengikut saiz yang anda suka. (aku suka saiz comel-comel je). 
  6. Pecahkan telur dan pukul.
  7. Celup kentang comel yang telah dikepal ke dalam telur satu persatu sebelum digoreng

gelap plk gambar...biasa la guna hset je...



ok...next juadah...puding laici...nyaman rasa tekak bila puding yang lembut tu melalui kerongkong...yummy....resepinya juga saya amik dari dapur Mat gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 tin laici, kisar 1/2 isinya dengan 125 ml air laici dalam tin
1 helai daun pandan
Strawberry sebagai hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan gula dan sebuk jelly ke dalam periuk berisi air tadi, kacau hingga sebuk jelly larut. Masukkan daun pandan, dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih, kacau selalu. Matikan api.
  2. Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga mengeras.
  3. Hidangkan bersama hirisan laici dan strawberry, jika suka boleh dituangkan air laici dalam tin tadi sebagai kuahnya. Sedap dimakan sejuk.


puding laici


jom berbuka

berbuka dengan air + kurma je...juadah2 ni...sume disantap lps isya'....tunggu suami balik dari training....dinner bersama suami tercinta...:))

tapi sebenarnya hari ni ada berita buruk yang berlaku...keta en suami hilang...masa training kat awana kijal....tu yang malam baru smp umah...sepatutnya ptg tu dah abis...masa nk balik tgk kete dh xde kt tmpt parking...so, urus ngan org hotel, buat polis report...lama jgk prosesnya..tu yang lmbt smp umah...terpaksa tumpang kawannya...mmm...satu rezeki Allah tarik namun rezeki lain yang diberiNya masih melangit luas...think positive...i'Allah kalo msh rezeki kami...akan dijumpai nnti...kalo x pun...kami redha n lepaskannya....kesian juga tgk my hubby...byk jgk brg2 dia kt dlm tu...sume kasut keje dia, buku belajar, pas keje, kunci umh kami pn segugus kt dlm tu...huhu...moga2 pencuri tu dibuka pintu hidayahnya....


ni rakaman cctv hotel...kete suami kat belakang...wira aerobak hitam plat ccb 3840...kalo ade jumpa blh hubungi balai polis berdekatan...dalang dipercayai satria depan tu...polis trace no platnya palsu...no plat JGH 6791 yg digunakan adalh untuk kete honda...
 

No comments:

Post a Comment