Saturday 25 January 2014

Siakap kukus + Kerabu daging

Juadah kami hari ni...jom layan resepi

SIAKAP KUKUS

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
2 biji tomato (dihiris dadu)
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
sedikit air
sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar 
*saya tambah brokoli

Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih

 
 
tergolek..slurpp!!

KERABU DAGING

Bahan-bahan
500 gm daging tenderloin
3 biji limau nipis [ambil jus]
3 cm halia [ketuk]
1 batang serai [ketuk]
1 s/b lada hitam [mesin]
garam
gula
7 tangkai cili merah [hiris] ~ boleh tambah jika nak pedas

1 labu bawang besar (holland)[hiris]
3 batang serai [hiris]
2 pokok daun ketumbar[hiris]

 **saya tambah lagi bagi nampak banyak ulam-ulaman..saya HANTU ulam...:P
1 kuntum bunga kantan[hiris]
daum kesum[hiris]
ulam raja[hiris]
tomato[potong dadu]
timun[hiris]
kacang panjang[potong kecil]


Cara-cara
1. Daging dibasuh dan rebuskan dengan halia, serai, lada hitam dan sedikit garam sehingga lembut dan kering air rebusan. Sejukkan.
2. Daging dihiriskan nipis dan kecil.
3. Gaulkan semua bahan hiris dan daging.
4. Rasakan masam dan manisnya.
5. Hidangkan. 


 ratah pun best

Friday 17 January 2014

Menu abid - puri labu

kali ni resepi abid pulak....puri labu...labu ni mak bagi masa balik kampung minggu lepas...separuh dah selamat masak lemak...separuh lagi untuk abid...labu tu kupas n rebus kasi empuk..then..blender...siappp...."ABID jom makan sayangg!"...

tos selepas rebus

siap di blender

yg ni buat stok

bubur nasi x start bagi lagi kat Abid...mula2 ni just perkenalkan dengan buah & sayur dlu...

Saturday 11 January 2014

ABID 6 bulan setengah

Alhamdulillah...Abid semakin membesar dengan sihat...moga anak ummi diberi nikmat kesihatan dan kecergasan dariNya...dan menjadi anak yang soleh untuk ummi & abah..ameen...jom layan gaya Abid...

ANUGERAH terindah


 Hepi bersama abahnya


iyark...misi untuk mendapatkan remote..suka sgt dia..

 menyorok bawah selimut

wajah kesayangan KAMI

Ya Allah...bantulah kami dalam mendidik zuriat ini...amanahMu...

Saturday 4 January 2014

1st puree for Abid

pertama kali nak memperkenalkan solid food kat Abid selain susu kegemarannya tu..hihi...1st trial buat puri epal...sebelum bagi Abid..ummi dia rasa dlu...mana la tau kot2 masam...ermm...not bad...ade rasa manis2 skit...mesti abid suka...ummi die plak yg excited..kikiki...mula2 masuk mulut...Abid buat memek muka yg agak melucukan...seolah2 rasa puri tu agak dasyat...agaknya dia rasa pelik...lain dari rasa best susu kebiasaannya...tp lama2 ok...blh abiskan 2 sudu besar puri epal...tahniah Abid...=)


puri epal

 sian Abid...mcm terseksa je..

 'Ape ummi bagi Abid ni!!!...huuu'

 'sedap la ummi...nanti ummi buat lagi ye?

 alhamdulillah..abis abid makan

Buat sebiji epal...balance bekukan dalam peti buat stok...blh tahan 3 bln...tapi semgg dh kene restok utk abid..hihi...


yg cerah tu puri epal..yg gelap tu puri pisang...

*nnti blh cuba puri labu pulak...variasikan menu utk Abid...