Saturday 5 April 2014

Ayam paprik + daging black pepper

Ok...jom kongsi resepi mudah ni plk...malas plk nak membebel...kita sama2 layan gambar dan resepi je la ye..hehe..buat syarat update blog je...


 Ayam Paprik

Bahan-bahan
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis (bergantung kepada sayur kegemaran masing2)
 

Cara-cara
  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. 
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

 kene sengetkan kepala nak tengok


 Daging black pepper



Bahan-bahannya
250gm daging - direbus dan dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 batang saleri - hiris dalam ketebalan 1/2 cm ***saya xletak
1/2 cawang sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar ( tambah kalau nak pedas)
karot (boleh diganti dengan lain-lain sayur yang berkenan) *** xletak jgk sbb sayur dh byk dlm ayam paprik..hehe
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
  1. Rebus daging sampai empuk, hiris nipis-nipis dan goreng
  2. Asingkan sedikit minyak bekas gorengan daging, kemudian tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing
  3. Masukkan saleri
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair dan lada hitam. biarkan seketika
  5. Masukkan air rebusan daging. kacau rata
  6. Masukkan hirisan bawang besar dan karot. biarkan sehingga kuah agak kering
  7. Sedia untuk dihidang
daging lauk kegemaranku