Wednesday 3 February 2021

Sihat Itu Nikmat...Syukur selalu

 

Ujian itu Tanda kasih SayangNya...jadi syukur selalu...Begitulah aturannya....bila diuji dengan ujian kesihatan, maka semakin kita menghargai masa sihat yang telah Allah anugerahkan sebelum ini...itulah sifat insan...

Permulaan tahun 2021 diuji dengan sedikit ujian kesihatan.  Moga ada kebaikan dan berkah disebalik ujian yang datang...Dialah yang maha penyembuh...moga dikembalikan nikmat kesihatan untuk terus menabur bakti setakat yang terdaya...

Kebetulan 10 hb tu majlis kenduri kahwin adik perempuan saya.  Majlis belah lelaki di N9...jadi tak dapat hadirkan diri...dapat meriahkan majlis untuk belah perempuan sahaja...ada hikmah atas apa yang berlaku...i'Allah...