Sunday 16 March 2014

3rd Anniversary ~ Alhamdulillah

Alhamdulillah...genap sudah 3 tahun kami bersama mengharungi suka duka kehidupan rumahtangga...sekejap sungguh masa berlalu...dan Alhamdulillah dikurniakan suami sebaik dan sesabarnya...Syukur juga diberi kesempatan untuk bersamanya mengemudi bahtera ini....semoga kami berjaya melayarkan bahtera ini sehingga berlabuh di destinasi yang GEMILANG...Bantu kami Ya Allah....Jangan biarkan kami leka dari jalanMu...Bercinta hingga Syurga..i'Allah...aminn...

 luv u...

 kek daripada suami..TQ sayang..

Mengembara bersama mencari cinta ILAHI

Saturday 15 March 2014

Bersantai hujung minggu

Alhamdulillah...sempena kedatangan mertua ke rumah...kami membawa mek n ayah makan2 di restoren masakan arab al-safina di kemaman....seronok dapat makan ramai2 macam ni....suami order air kopi arab...punyalah excited nk cuba..sekali...fuhh...sedap bangat...terpaksalah ku minum air suam saja...xboleh nak masuk...pekat n ada rasa cengkih....huuu...

malam esoknya plk g pekena ikan bakar pulak...banyak syok..hehe...ok...jom layan gambar..

nampak x kopi arab tu...

Abid tukang tengok je...

l
Abid pun nak rasa nasi arab jugak..

sedap ikan bakar+tomyam campur+telur dadar+daging masak merah+sayur kailan

Friday 14 March 2014

Lagi bubur untuk Abid

Alhamdulillah...restock bubur Abid....kali ni letak brokoli plk ganti ngan carrot...so kalernye hijau plk...best tengok Abid makan dengan berselera skali...hihi...bahan2 nya simple je..nasi+ikan bilis+brokoli...rebus..blender..siap untuk dimakan...macam biasa...balance nya saya bekukan untuk jadikan stok...cepat membesar dengan sihat ye SAYANG...:)


 siap di blender

 ready to be frozen

taraa...cukup untuk stok seminggu

 ni budak kecik yang tukang perabih kan nanti...peniaga pop corn....hihi

Saturday 8 March 2014

Bubur lambuk slurpp!!


Tiba-tiba teringin nak mkn bubur lambuk...my febret masa kecik2 dlu...bubur lambuk yang mak buat memang osem...xleh lawan...mkn banyak kali pun xjemu...resepi mak kita xletak santan...yang tu yang bestnya...kalo letak santan dah kureng rasanya...bagi tekak saya la...buat pedas2...fuh sedap sekali...berpeluh jgk nak abiskan...

Bahan-bahan
2 cawan beras

1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
1 helai daun kunyit 

*sayur2 tu ikut selera masing2
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [rebus/bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuat
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayuran & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.

**saya makan bersama ikan bilis n kacang goreng...

makan xtoleh kiri kanan...kalo ade lada jeruk lagi sedap...

Friday 7 March 2014

Menu Jumaat

ok...menu jumaat kami plk...buat masakan ala-ala kampung...menghilangkan rasa kerinduan kat kg halaman...tapi manakan hilang rindu itu jika xbalik kg kan?...hehe...

KANGKUNG GORENG
Bahan-bahan
  • 2 ikat sayur kangkung
  • sedikit ikan bilis
  • sedikit belacan
  • 1 ulas bwg merah
  • 1-2 ulas bwg putih diketuk
  • 1cili merah dihiris
  • garam
  • minyak


Cara-cara  
  1. tumbuk ikan bilis + bwg merah + belacan. ketepikan 
  2. panas minyak. tumis bwg putih sekejap sj. 
  3. masuk bhn tumbuk. kacau sekejap. terus masukkan sayur yg tlh dipotong. 
  4. terus masuk bwg besar+cili merah+garam. perasakan. goreng sekejap shj. (jgn overcooked)
kangkung....kangkung..

bawal goreng xperlu la resepi...simple sangat..heheh..layan gambar je ye...


inilah bawalnya


IKAN SINGGANG
Bahan-bahan
  • ikan kembung ( lebih kurang 6-7 ekor)
  • 3 ulas - bawang putih (dihiris / diketuk)
  • 1 inci - lengkuas (dihiris)
  • 1 keping - asam keping
  • garam dan gula sesedap rasa
  • cili padi jika mahu pedas
  • serbuk kunyit
  • air secukupnya
 
Cara-cara
  1. Ikan kembung dibersihkan. kalau mahu jimat potong dua pun boleh
  2. Masukkan ke dalam periuk ikan, bawang putih, lengkuas, serbuk kunyit dan asam keping serta air agak-agak tenggelam ikan. Air jangan banyak sangat
  3. Agak-agak mendidih, perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. Ketuk cili padi dan masukkan ke dalam masakan
  4. Sudah sedia untuk dihidangkan. Boleh masukkan bendi untuk menceriakan hidangan.
  5. Makanlah dengan nasi panas. Kalau ada budu dengan limau serta lada pun bagus.
my febret

ulam-ulaman penambah selera

Ice cream goreng

Ni menu petang jumaat...saje nak cuba resepi simple ni...bunyi nama agak rare...tp resepinya senang saje...jom cuba buat...sedap...rasanya rangup...

Bahan-bahan:
1 buku roti keping gardenia
ice cream ikut citarasa masing2

Cara-cara:
1. letak ice cream atas 1 keping roti...kuantiti ikut selera masing2..
2. letak satu keping lagi roti di atas ice cream tadi...
3. tekap dengan cawan dengan berhati-hati...potong lebihan roti yang ada...untuk hasil yang lebih menarik...tekap dengan garfu bahagian tepi roti
4. frozen kan bagi betul2 beku
5. goreng smp kekuningan...goreng sekejap je..nanti ice cream cair plk kalo lama-lama.
6. Siap untuk dimakan.

 
hasil tekapan dengan cawan


 siap digoreng

yummy..jomm

Thursday 6 March 2014

Juadah berbuka ~ Lempeng + Menu nasi biasa

Juadah berbuka puasa hari ni...menu simple je...xlarat nak masak..kiki...jom layan

LEMPENG


Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali, garam dan air. Kacau rata dan masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam dan kacau rata2. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Tuang1/2 cawan acunan, ratakan dan masak dengan api perlahan sehingga kuning keemasan, terbalikkan dan biar masak. Jika suka garing, sapu sedikit minyak pada permukaan lempeng sebelum diterbalikkan. Buat hingga siap, angkat dan hidangkan bersama sambal tumis atau kari.
SAMBAL TUMIS BILIS 
 

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar, potong berbaji
1/2 inci halia, dititik
1/3 cawan jus asam jawa
1 1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merag*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, bawang belah dan ikan bilis. Kacau rata.
  2. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan gula. Masak dengan api sederhana hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api....
rupa lempengku 

sisi lain plk...hihi

lempeng+sambal


SAMBAL UDANG

Bahan-bahan
  • 8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
  • 4-5 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
  • Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
  • Minyak untuk menumis, gula, garam..
  • 1 Labu Bawang Besar-Dihiris

Cara-cara

  1. Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
  2. Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
  3. Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
  4.  Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
  5. Hidangkan..
udang..goreng pun sodap


SAYUR KACANG GORENG

Bahan-bahan
seikat kacang panjang-dipotong serong
250gm hati ayam-dibersihkan
1 sudu makan sos tiram
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
garam
kunyit
cili merah-dihiris halus
halia muda-dihiris halus
sedikit air

Cara-cara
  • Bersihkan hati ayam, masukkan sedikit tepung gandum dalam hati ayam dan gaul rata kemudian cuci bersih. tujuannya supaya hilang hanyir
  • Potong kecil hati ayam dan lumur kunyit dan garam, gaul rata.
  • masukkan sedikit minyak dan goreng sehingga garing
  • Angkat dan toskan
  • bersihkan kuali, tuangkan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan kacang panjang, sos tiram, cili dan hati ayam
  • Masukkan sedikit air dan kacau rata
  • Angkat dan hidangkan
 sayur yang menyihatkan


AYAM MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 liter santan cair
1 cawan santan pekat(pati santan)
2 keping asam gelugur
2 batang serai ~ dititik
Garam dan sedikit gula.

Bahan kisar:
5 biji cili padi (nak pedas leh tambah lagi )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan:
1. Masukkan ayam bersama serai, asam gelugur dan bahan2 kisar ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga ayam kecut.
2. Tuangkan santan cair.
3. Bila mendidih, tambahkan santan pekatt dan letaklah garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
Rasa dan jika ok boleh matikan api dan bolehlah dihidangkan...

* Bagi yg ingin menjaga kesihatan, gantikan santan dgn susu segar. Dan kalau suka bolehlah ditambah sedikit kentang.

pecah minyak plk...huuhu..

Wednesday 5 March 2014

bawal goreng berlada + sup sayur campur

Lauk kami untuk hari ini...meh semua....

BAWAL GORENG BERLADA

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal besar - bersihkan dan kelar
5 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
2 batang serai - ketuk (kalu serai besar 1 pun cukup)
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar air asam jawa
1/4 cawan air
2 sudu besar gula pasir/gula melaka
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak 
 
Cara-cara
Bawang digaul rata dengan garam halus dan serbuk kunyit. Goreng garing sikit, angkat dan letak dalam pinggan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah hiris dan goreng hingga layu dan kekuningan. Masukkan serai, bawang putih dan halia. Kacau dan masukkan cili kisar dan rempah kari. Perlahankan api masukkan sedikit air dan masak cili hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak biar kuah agak pekat. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan yang diletakkan ke dalam pinggan tadi.



SUP SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan
1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot

brokoli
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air

sohon(xtau eja macam mana..yg mcm bihun tu)
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

Cara-cara

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak . masukkan sohon.

-Apabila telur n sohon sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.
 
suka brokoli

zoom skit..

Tuesday 4 March 2014

Family Day

Family day sempena cuti pertabalan Sultan Terengganu.  Alhamdulillah meriah skali...buat kat taman dekat UiTM dungun...ok lah..layan gambar jela...

 antara yang hadir

 alhamdulillah...menang cabutan bertuah

 "Ummi, Abid nak jajan"

"mana boleh la sayang.."

Monday 3 March 2014

Ayam + daging goreng

ok..share resepi mudah lagi...tapi resepi ayam goreng kunyit ni teramat simple..so xpayah letak la...just share gambar je...jomm...

Ayam 3 ketul..

DAGING GORENG KUNYIT 

Bahan-bahan
  • 200-300gm daging mentah
  • serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
  • minyak masak
  • bawang merah 2-3 biji dimayam
  • bawang putih 1 biji dimayam
  • bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
  • cili padi
  • optional: carrot yang telah dipotong
Cara-cara
  1. hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)
  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
  3. panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'
  4. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
  5. apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing
  6. apabila semua garing, lauk sudah siap. hidang dgn nasi panas atau makan dgn roti. cicah dgn budu dan makan dgn nasi panas lagi sedap yum yum
  7. variasi lauk ini #1: tambah carrot yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan kacang panjang, bunga kobis ataupun kobis 
my febret...daging goreng...