Wednesday 26 February 2014

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan

                                                                                   gambar sekadar hiasan
 
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.


NOTE: mungkin sikap yang positif ini boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita.

Porridge for Abid ~ 8 month

Alhamdulillah hujung bulan ni Abid dah nak masuk 8 bulan...tiba masa nak memperkenalkan bubur nasi plak untuk dia...solid food yang lebih berat untuk dia...sebelum ni just bagi buah je dulu...dan alhamdulillah..menerimaannya agak menggalakkan...habis 2 sudu besar...buat dalam segenggam beras+carrot+ikan bilis...rebus sampai lembut then blend...dan siap lah bubur untuk abid...balance tu saya bekukan...senang nnti nk mkn just panaskan je dlm oven (sesuai utk wanita bekerja mcm saya yang kesuntukkan masa)...bagi abid makan 2 kali sehari...siang (bekalkan kat pengasuh) n malam...ok..SELAMAT MENJAMU SELERA ABID...:)


 bubur yang dah siap diblend...original colour from carrot..

sedia untuk disejuk bekukan...1 kiub untuk sekali mkn

Layan gambar Abid pulak...hehe

 gelak sokmo

 Abid & Abah

 Abid & ball

 Abid & ball again

Abid & kapal angkasa

NOTE: Terus membesar dengan sihat ye sayang...moga Allah berkatimu...ameen..

Friday 21 February 2014

kuey teow hong kong


 Kadang2 ada jugak datang mood xnak makan nasi...bukan diet tapi rasa nak makan sesuatu yang bukan nasi...muak kot makan nasi..hihihi...jadi kali ni nak kongsi resepi kuey teow hong kong pulak...mak aih...jauh bebenor tu...sampai ke hong kong pulak...apa2 pun jom layan...


Bahan- bahan
kuey teow secukupnya
telur 4 biji
lada sulah
garam
4 biji bawang putih dicincang
5-6 biji cili api diketuk
3 sb tepung jagung
sayur-sayuran
seafood/ayam
2-3 sudu sos tiram
air 3 mug or secukupnye
minyak masak


Cara-cara:
**Prepare kuey teow
1) Pukul telur bersama garam dan sedikit lada sulah. Untuk seorang gunakan 2 biji telur.
2) Masukkan kuey tiow ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng mcm telur dadar.
3) Buat lagi untuk 2nd plate.

**Prepare kuah
1) Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2) Masukkan seafood or/and isi ayam dan sikit air supaya tak terlalu kering
3) Bila dah half-cook, masukkan tepung jagung yang dah dikacau dengan air.
4) Masukkan juga sayur, cili, sos tiram, sikit lada sulah.
5) Tunggu hingga kuah cukup pekat dan perasakan dengan garam.

Bila dah siap, tuangkan saja kuah atas kuey tiow tadi..Senangnyeee..n yummy2..sedappp...


\
setelah di goreng dengan telur

Bismillah...jom makan..

NOTE: cari udang xde..dapat letak sotong je...ermmm

Wednesday 19 February 2014

Kek Lapis Cheese

Entah macam mana terjumpa resepi ni...nampak sedap dan resepinya pun simple je...x payah susah2 nak baking...just masuk peti sejuk je...siap...try buat(resepi dah di ubahsuai oleh pakar xbertauliah..kiki) dan rasanya memang umph!!!lain kali boleh buat lagi (guna resepi asal plk)...ok jom layan resepi & gambar..selamat mencuba

resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram



Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g ~ (saya guna yang original)
500 ml susu segar,dipanaskan ~ (saya guna kopi...sukatan 1 cawan)

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar ~ (saya pkai susu pekat)
1/2 cawan gula halus ~ (saya xpakai coz susu dah manis)
50gm butter ~ (yang ni pun saya xletak)
saya tambah whipping cream

Caranya :
Pukul whipping cream smp pekat.  ketepikan

Satukan cheese dan gula halus(baca susu pekat),pukul sebati Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
campur adunan whipping cream dan cheese.  Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.(saya pkai bekas tupperware je...so..xde alas ape2)
Panaskan susu segar,padamkan api. (saya bancuh kopi)
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (*baca kopi)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.


*yang lapisan atas sekali saya tabur coklat rice...nak abiskan stok yang berbaki...mmm...nyaman tekak makan kek ni....sejukkk...:)

 saya pkai bekas ni je...dpt 2 bekas...kalo pkai loyang empatsegi yg standard tu mgkn boleh jadikan 1

 susun jgn x susun...

ok..tabur pulak...

taraa....jom mkn...

Tuesday 11 February 2014

Sardin Roll

Resepi ni sesuai untuk juadah waktu petang2...caranya amat mudah & x memerlukan bahan yang banyak...sesuai jugak untuk dibawa ketika berkelah di tepi pantai..waa...bestnya...lama dah x berkelah...maklumlah sekarang ni hujung minggu pun saya kene mengajar (hujung minggu untuk part time student)..tapi kadang2 ngelat jugak...asyik pass ke partner je...hehe...tp xkisah nak pass pun sebab berbayar...ok..berbalik kepada resepi kita...kalo buat banyak boleh frozen kan...tapi saya buat cukup2 untuk kami bertiga (saya, suami & adik)...nak kongsi jugak la resepinya walaupun simple je....untuk kenangan saya je...kiki

Bahan-bahan 

1 tin kecil tin sardin (boleh guna apa sahaja jenama yang disukai **saya guna cap ayam)
1 labu bawang besar (dipotong)
4 biji cili padi (dihiris)
sebuku roti sandwich (kecil)
sedikit garam

2 biji telur
sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng

 
Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dipotong sehingga naik bau.
2. Keluarkan sardin dari tin dan asingkan tulang.(supaya takde kes tercekik tulang ikan)
3. Masukkan sardin dan cili padi ke dalam kuali dan gaulkan sehingga hancur.
4. Siap untuk dibuat inti roti sardin gulung.
5. Ambil roti sandwich dan gelek/ lenyek (guna sudu) sehingga menjadi mampat dan nipis.
**Sila pastikan roti tu betul-betul mampat untuk mengelakkan minyak banyak diserap ketika mengoreng.

6. Isikan roti dengan inti sardin yang telah dimasak.  Then gulung **selain sardin, intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
7. Celup ke dalam telur yang telah dipukul sebelum menggoreng.  sedia untuk dihidangkan..selamat mencuba


 
Siap digulung

 bersedia untuk dihidangkan...jom..bismillah..

NOTE: hidangkan bersama sos cili & mayonis

Saturday 8 February 2014

Roti daging berkeju

Jumpa resepi ni kat fesbuk...nampak macam menarik...terliur je tengok...jadi saya try lah buat...ok..x nak cakap banyak...ayuh masak..

Bahan2 :
 Untuk Inti -
4 keping daging burger / 300gram daging cincang (nak daging lebih boleh tambah lebih lagi)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 paket perencah black pepper maggi
sedikit air
minyak

12keping roti
3biji telur
200ml fresh milk
6keping slice cheese
Cheedar cheese yang diparut
*boleh tambah sayur (saya ltk sayur campur)


Cara2 :
Untuk Inti -
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar...kemudian masukkan daging...goreng hingga daging empuk..kemudian masukkan perencah black pepper maggi yg telah dibancuh dengan sedikit air..kalau kurang masin, boleh tambah garam...ikut citarasa masing2...masak sehingga daging masak...ketepikan dan biar sejuk..

Untuk Lapisan Roti -
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan mentega..
Bancuh telur dan susu sehingga sebati...
Celup roti kedalam bancuhan susu dan susun di dalam bekas tahan panas. Buat sehingga lapisan bawah penuh..
Tuang separuh inti ke atas roti dan ratakan. Kemudian susun 4 keping slice cheese di atas inti...
Ulang langkah pertama tadi (celup roti kedalam bancuhan susu) dan susun di atas inti daging sehingga menutup inti daging...
Tuang lebihan daging dan last sekali letak 2 keping slice cheese dan tabur cheese yang diparut...
Jika ada lebihan campuran susu dan telur, tuang atas roti..

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam suhu 180c lebih kurang 35minit - 40 minit (sehingga masak)

Selamat mencuba..

 siap dibakar...silap patutnya kat atas tu letak lauk lagi untuk topping..baru nmpk menarik

 setelah dipotong & sedia masuk mulut...bismillah!

 balance siap bawak bekal ke ofis..:)

NOTE: makan bersama sos cili & mayonis untuk menambah perisa...