Friday 16 January 2015

Our Little Princess is coming

Alhamdulillah atas Rezeki & RahmahNya ke atas keluarga kami...Syukur kepadaNya atas kehadiran insan kecil ini...seorang Puteri sebagai penyeri mahligai kami...Begitu luas kasih sayangNya..maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?Terima kasih ALLAH..:)

rasa nak geget je kaki tangan kiut tu...

posing sambil tdo...

tidurlah sayang...

hehe...kene usik

haiipp!!

Abid & Alya

muahh!!syg adik alya",kata abid

Tuesday 13 January 2015

donut ball & burger malaysia

Ni projek berada di kampung...masih dalam mood cuti....maklumlah 3 bulan bercuti...malas dah pulak nak masuk keje balik...hamboi3!!...disebabkan xde acuan donut...jadi terhasil lah bebolanya sahaja...buat 2 versi...salut gula & versi burger malaysia punyer...tp ltk sardin bkn sambal bilis...orait...saya tepek resepi donut ye...amik kat SINI

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum. Ayak dulu bagi tepung ringan.
  • 1 peket yis
  • 1 cawan ayaq suam yang panas
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar mentega cair.
  • Sebijik teloq
Cara-cara
  1. Memula masuk gula dengan susu pekat dalam ayaq suam. Bancuh sampai gula hancur. Masuk yis. Tunggu sampai yis hidup. Nak tau dia hidup ialah dia berbuih. Macam buih teh tarik tu. Lagi lama kau biaq dia berbuih lagi senang kembang donut kau. I loike.
  2. Dalam bekas lain, pukul sebijik teloq. Pukul tak payah la sampai kembang. Pukul bagi sekata ja. Masuk dalam mentega cair. Kacau.
  3. Bila dah berbuih yis tu, campur mentega teloq tu masuk dalam yis. Kacau.
  4. Ayak tepung, masuk garam. Masuk campuran yis. Uli adunan.
  5. Doh ni memang agak lembik. So bila nak uli tu sila buh tepung kat tangan. Aku memula kacau guna chopstik. Lepas uli biar doh 45 minit. Doh akan kembang sekali ganda inshaallah.
  6. Pastu bentuk kan la ikut suka. Aku buat donutball sebab anak-anak aku senang nak makan. Lagipun adunan ni lembik. Lecey la nak canai terap.
  7. Lepas bentuk rehatkan lagi barang 5-10 minit.
  8. Goreng api sederhana. Jgn panas satgi donut kau rentung luar dalam tak masak. Nanti masa goreng dia akan kembang lagi.


bebola xsama besar

bersedia untuk digoreng

dah siap goreng

siap untuk di ngap


burger malaysia..tp xde timun..huhu