Tuesday 12 March 2013

Menu jumaat

menu untuk hari jumaat ni saya buat sotong sumbat + peria goreng...pagi tu g pasar...terjumpa sotong segar....terlintas nak buat sotong sumbat...so, rembat 4 ekor....tp buat 2 ekor jer...cukup utk 2 org makan...2 ekor lagi simpan dlm peti ais....

ok...resepi sotong sumbat ni saya amik kat blog Farmys ....saya letak juga resepinya untuk rujukan semua...


Bahannya : 

3 ekor sotong saiz besar (untuk 2 orang makan)
1 biji kentang (dipotong nipis)
1 biji telur
bawang putih (dihiris halus)
bawang merah (dihiris halus)
lobak (dipotong halus)
minyak
garam
serbuk kunyit
daun sup atau daun ketumbar

Cara-caranya :-

Gaul kentang yang telah dipotong nipis dengan sedikit garam. Goreng kentang sehingga kekuningan. (kalau nk rebus pun boleh, tp aku suka goreng sebab ada bau wangi)
Bila dah sedikit garing angkat dan lenyek atau tumbuk (aku tumbuk dalam lesung, senang sikit), asingkan.
Kemudian, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.
Masukkan lobak.
Pecahkan sebiji telur. Gaul dan hancurkan jadi macam Scramble Eggs.
Masukkan kentang yang telah dilenyek tadi.
Tabur daun sup dan gaul rata.
Suaikan rasa (agak2 je la kan pose).
Masukkan isi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan dan cucuk dengan lidi untuk elak isi yang telah disumbat terkeluar.

Kuah

Tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Masukkan air biar hingga mendidih.
Masukkan sotong yang telah siap disumbat. Biar sehingga sotong masak (jgn lama sangat, nanti sotong jadi liat)
Bila dah siap, potong2 sotong jika suka.
Siap dihidangkan..

jom layan gambar...


ni inti sotong sumbat


ini hasilnya...lidi xde...so biar terbuka gitu je...ade la terkeluar skit isinya..tp masih blh diampunkan..:):)

ok untuk peria plak guna resepi sendiri je....simple aje...sume org blh buat...tp ltk juga la resepinya...hehe

bahan2

bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
telur
garam
lada merah (dihiris)
telur sebiji
minyak

cara-cara

  1. peria dikupas kulitnya yg nipis....belah 2 n hiris nipis2...pastu rendam dalam air garam utk seketika bagi mengurangkan rasa pahitnya...(yg rasa pahit2 skit tu yg sedap..hehe)
  2.  panaskan minyak n tumis bawang merah + putih sehingga naik wangi
  3.  masukkan peria yg telah ditoskan...goreng seketika...
  4. pecahkan telur...goreng smp masak n masukkakn lada
  5. sesuaikan rasa dengan garam n sedia dihidangkan 
peria goreng

No comments:

Post a Comment