Friday 7 March 2014

Menu Jumaat

ok...menu jumaat kami plk...buat masakan ala-ala kampung...menghilangkan rasa kerinduan kat kg halaman...tapi manakan hilang rindu itu jika xbalik kg kan?...hehe...

KANGKUNG GORENG
Bahan-bahan
  • 2 ikat sayur kangkung
  • sedikit ikan bilis
  • sedikit belacan
  • 1 ulas bwg merah
  • 1-2 ulas bwg putih diketuk
  • 1cili merah dihiris
  • garam
  • minyak


Cara-cara  
  1. tumbuk ikan bilis + bwg merah + belacan. ketepikan 
  2. panas minyak. tumis bwg putih sekejap sj. 
  3. masuk bhn tumbuk. kacau sekejap. terus masukkan sayur yg tlh dipotong. 
  4. terus masuk bwg besar+cili merah+garam. perasakan. goreng sekejap shj. (jgn overcooked)
kangkung....kangkung..

bawal goreng xperlu la resepi...simple sangat..heheh..layan gambar je ye...


inilah bawalnya


IKAN SINGGANG
Bahan-bahan
  • ikan kembung ( lebih kurang 6-7 ekor)
  • 3 ulas - bawang putih (dihiris / diketuk)
  • 1 inci - lengkuas (dihiris)
  • 1 keping - asam keping
  • garam dan gula sesedap rasa
  • cili padi jika mahu pedas
  • serbuk kunyit
  • air secukupnya
 
Cara-cara
  1. Ikan kembung dibersihkan. kalau mahu jimat potong dua pun boleh
  2. Masukkan ke dalam periuk ikan, bawang putih, lengkuas, serbuk kunyit dan asam keping serta air agak-agak tenggelam ikan. Air jangan banyak sangat
  3. Agak-agak mendidih, perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. Ketuk cili padi dan masukkan ke dalam masakan
  4. Sudah sedia untuk dihidangkan. Boleh masukkan bendi untuk menceriakan hidangan.
  5. Makanlah dengan nasi panas. Kalau ada budu dengan limau serta lada pun bagus.
my febret

ulam-ulaman penambah selera

No comments:

Post a Comment