Tuesday 11 February 2014

Sardin Roll

Resepi ni sesuai untuk juadah waktu petang2...caranya amat mudah & x memerlukan bahan yang banyak...sesuai jugak untuk dibawa ketika berkelah di tepi pantai..waa...bestnya...lama dah x berkelah...maklumlah sekarang ni hujung minggu pun saya kene mengajar (hujung minggu untuk part time student)..tapi kadang2 ngelat jugak...asyik pass ke partner je...hehe...tp xkisah nak pass pun sebab berbayar...ok..berbalik kepada resepi kita...kalo buat banyak boleh frozen kan...tapi saya buat cukup2 untuk kami bertiga (saya, suami & adik)...nak kongsi jugak la resepinya walaupun simple je....untuk kenangan saya je...kiki

Bahan-bahan 

1 tin kecil tin sardin (boleh guna apa sahaja jenama yang disukai **saya guna cap ayam)
1 labu bawang besar (dipotong)
4 biji cili padi (dihiris)
sebuku roti sandwich (kecil)
sedikit garam

2 biji telur
sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng

 
Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dipotong sehingga naik bau.
2. Keluarkan sardin dari tin dan asingkan tulang.(supaya takde kes tercekik tulang ikan)
3. Masukkan sardin dan cili padi ke dalam kuali dan gaulkan sehingga hancur.
4. Siap untuk dibuat inti roti sardin gulung.
5. Ambil roti sandwich dan gelek/ lenyek (guna sudu) sehingga menjadi mampat dan nipis.
**Sila pastikan roti tu betul-betul mampat untuk mengelakkan minyak banyak diserap ketika mengoreng.

6. Isikan roti dengan inti sardin yang telah dimasak.  Then gulung **selain sardin, intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
7. Celup ke dalam telur yang telah dipukul sebelum menggoreng.  sedia untuk dihidangkan..selamat mencuba


 
Siap digulung

 bersedia untuk dihidangkan...jom..bismillah..

NOTE: hidangkan bersama sos cili & mayonis

No comments:

Post a Comment