Wednesday 2 July 2014

4th iftar ~ rendang daging, ikan percik, kangkung goreng & kuih bronok

Bertemu lagi kita...Alhamdulillah...sudah hari ke-4 kita berpuasa...jom intai juadah apa pulak hari ni..mood nak membebel xde....nak tepek resepi je...:P

RENDANG DAGING


Bahan-bahan :

  1. 1 kilo daging lembu (dipotong kiub)
  2. 3 helai daun limau purut
  3. santan secukupnya
  4. 2 sudu besar kerisik
  5. 1 batang serai (diketuk)
  6. sedikit air asam jawa
  7. 1 sk serbuk jintan putih
  8. 1 sk serbuk ketumbar
  9. garam dan gula melaka secukupnya
  10. 1 helai daun kunyit (diracik)
bahan-bahan yg perlu dikisar :
  1. 1 labu bawang besar
  2. 5 biji bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 15 biji cili padi  (boleh tambah atau kurang)
  5. 1/2 inci lengkuas
  6. 1/2 inci halia
  7. 1 batang serai
  8. 1 cm kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, jintan putih dan ketumbar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga empuk.
  3. Kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit, garam, gula melaka dan air asam asam jawa. Masak lagi hingga kuahnya pekat. Nak masak hingga kering pun boleh.
rendang mak saya selalu buat dolu-dolu...i likeeee!!!


IKAN PERCIK 
Bahan-bahan
  1. 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  2. 2 labu bawang merah besar *
  3. seulas bawang puteh *
  4. seinci halia *
  5. 3 tangkai cili kering *
  6. santan untuk kuah percik
  7. manisan *
  8. garam
  9. sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
  10. 1 asam keping

Caranya:
  1. Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  2. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  3. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  4. Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
  5. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti atau boleh curahkan terus lebihan kuah semasa menghidang.
slurpp!!


kangkung goreng tepek gambar je la...resepinya mudah sangat...campak2 siap..hihi...

sayur kegemaran


BRONOK SAGU

Bahan-bahan

    * 1 gelas sagu biji kecil
    * 3 gelas air
    * 3/4 gelas gula pasir
    * Sedikit pewarna merah
    * 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
    * 1 sudu kecil garam
    * 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang dicampur garam..

ni la rupa bronok sagu

No comments:

Post a Comment