Monday 30 June 2014

2nd iftar ~ kari kepala ikan, pari bakar+air asam & onde-onde

fff

KARI KEPALA IKAN
Bahan-bahan:
  1. Kepala ikan merah yg siap dipotong (saya guna kepala ikan tenggiri)
  2. 5 sudu besar rempah kari ikan
  3. 3 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh 
  4. daun kari 2 tangkai
  5. sedikit halba campur
    air asam jawa lebihkan sedikit 
  6. garam secukup rasa
  7. air secukupnya utk kuah

Bahan2 Kisar
  1. 1 biji bawang besar
  2. 3-4 biji bawang merah
  3. 4 biji bawang putih
  4. sedikit lada hitam (letak 1 sudu kecik serbuk lada hitam)

Bahan2 Mayang
  1. 1 labu bawang besar dimayang halus
  2. 3 biji bawang putih


Bahan Rampai
  1. Terung ataupun boleh guna kacang bendi Cili hijau
  2. Buah tomato

Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.  Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.
  2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.

kari kepala ikan

Ikan pari ni saya bakar tawar je...

pari bakar

AIR ASAM
Bahan-bahan:
  1. Segenggam lada cili
  2. 4 ulas bawang merah - (dibakar & dihiris halus)
  3. 2 ulas bawang putih - direbus dan di ketuk
  4. 1 cawan air asam jawa
  5. 1 inci belacan (dibakar)
  6. Garam
  7. Gula
Cara-cara:
  1.  Bawang merah dibakar dan dihiris halus ..
  2.  Lada cili di potong kecik .. dimasukkan dalam mangkuk berisi bawang merah tadi .. ketuk bawang putih sekali dan dicampurkan sekali 
  3. Masukkan garam dan gula ke dalam mangkuk tadi
  4. Pastu bakar belacan .. agak-agak dah nampak cam garing belacan tu .. angkat dan letakkan didalam mangkuk tadi ...
  5. Kemudian, masukkan air asam ... kemudian ramas belacan dan bahan-bahan lain yang terdapat dalam mangkuk tadi ... pastikan kuahnya tidak terlalu pekat dan terlalu cair .. yang sedang-sedang saja ... rasakan manis, masin nya .. tokok tambah kalau perlu ...
air asam

Kebetulan blk kampung bawa balik kelapa yang xberapa nak tua...jadi sesuai sangat la untuk buat kuih...maka terhasil lah onde2 @ buah melaka..

ONDE-ONDE a.k.a BUAH MELAKA

Bahan-Bahan
  1. 500 gram tepung pulut
  2. 4 sudu besar tepung gandum
  3. Air secukupnya
  4. 1 sudu kecil pewarna daun pandan
  5. 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
  6. Kelapa parut
Cara-cara
  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan.
tebal die punyer kelapa parut..hehe

No comments:

Post a Comment