Sunday 29 June 2014

1st iftar ~sup tulang, daging goreng, sayur campur & cekmek molek

ok...ni menu untuk hari pertama puasa...ringkas saje...maklumlah menu surirumah bekerjaya...hehe..alasan je...tapi yang syok..bulan puasa ni boleh balik awal setengah jam dari biasa...kira 4.30 dah boleh punch out...pukul 5 dah berada kat rumah...tapi kalo dapat jadi surirumah sepenuh masa lagi syokkk kan....huhu...bila la boleh settle sumer hutang piutang ni...:'(..moga Allah murahkan rezeki untuk selesaikan semua...ameen..

SUP TULANG

Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 biji ubi kentang

garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

sup tulang

Resepi sayur campur tak payah post la...senang sangat...campak2 je...

sayur campur

KUIH CEKMEK MOLEK

Bahan-bahan :
  1. Tepung gandum secukupnya
  2. 500 gm ubi keledek - direbus dan dilenyek
  3. sedikit garam
  4. gula secukupnya (untuk inti)

Cara-cara :
  1. Rebus ubi keledek sampai lembut dan toskan air kemudian lenyek ubi keledek dan masukkan tepung gandum serta sedikit garam.
  2. Kepal-kepal dan diuli jadi bentuk bujur kemudian leperkan doh dan isikan bahagian tengah dengan gula kemudian uli balik dan bentukkan doh jadi bentuk bujur.
  3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng adunan sampai masak. Angkat dan tos tunggu sejuk dulu baru la makan sebab gula dalam kuih masih panas .

macam2 bentuk dah kuih cekmek nya...hihii

No comments:

Post a Comment