Saturday 8 June 2013

Kuih Peria



Haa...sape kenal dengan kuih ni...kalo orang luar tak tau la dia panggil dengan nama apa...tapi kalo saya orang jerteh ni panggil kuih peria...ntah macam mana tiba2 teringin nak makan kuih ni...dlu mak saya pernah jugak buat...kat paka ni memang xpernah jumpa orang jual kuih ni...jadi kene la google resepi nak buat...dah teringin kan...kene la usaha...cari punya cari jumpa la resepinya...kalo ikut resepi ni dia letak keledak...tapi saya xletak sebab mak saya buat pun xletak....kalo letak xtau la rasanya macam mn...kalo nk cuba puan2 boleh la letak keledek ye....yang saya teringin makan versi xde keledek...jom tgk resepi...


Bahan bahan untuk kulit


250gms tepung pulut

200 ml santan

1/4 sudu teh garam

25gms minyak masak untuk sapuan

pewarna merah/hijau

daun pisang yang telah dipotong kecil



Bahan untuk inti

250gms kacang hijau tanpa kulit

100 gms gula melaka

100 gms gula pasir

50 ml air

1/4 sudu teh garam

1/2 sudu besar tepung pulut



Cara cara

1. Rendam kacang hijau selama 4 jam atau lebih (saya tak rendam pun....basuh2 terus rebus). Rebus hingga masak dan lenyek sedikit ketika masih panas.

2. Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau dan gaul rata. Sejukkan inti dan buat bulat bulat dan ketepikan.

3. Untuk doh: Uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan. Kebiasaannya hijau atau merah.

4. Ambil doh sebesar ibu jari atau anggaran 15gms, isikan inti didalamnya dan bentukkan seperti buah peria dengan lidi atau penyepit dan sapukan sedikit minyak masak keatasnya. Letak di atas daun pisang yang telah dipotong kecil. Buat hingga adunan habis.

5. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan api perlahan lebih kurang 8-10 minit.





Tips: Doh mestilah liat tetapi boleh dibentuk. Doh yang lembut akan menyebabkan kuih menjadi kembang selepas dikukus. Sentiasa tutup dengan kain lembab untuk mengelakkan doh kering. Jangan mengukus lebih dari 15 minit kerana kuih akan mengembang.

ok...kita layan gambar plk...


 skit je buat..cukup untuk 2 orang makan...1st trial

xberapa nak jadi bentuknya...dh set 15 minit...tp mungkin apinya agak besar..tu yang mengembang semacam...huhuhu...

nnti lain kali buat lagi...tp nnti kene jaga api betul2...nnti mengembang terlebih mcm ni lagi...hehe...tapi yang penting rasa dia macam kuih peria walaupun bentuk dia x cantik...habis jugak....untuk makan sendiri boleh la...tapi klau nak hidang kat orang lain xlepas lagi...cuba lagi ye nasrah...:)

No comments:

Post a Comment