11/6/2013
Alhamdulillah...sekejap je masa berlalu...dah menjangkau 36 minggu...baby pn semakin aktif kat dalam ni...sekejap golek2...sekejap tendang..sekejap mengeras...yg tu tak tahan...terpaksa ummi tahan nafas sekejap kalo si comel ni dah mula mengeras...perut pun sampai senget2 jadinya....ok untuk checkup 36 week ni xde ape2 sgt...alhamdulillah semuanya ok...
berat : 50.5 kg
bp : 100/60
jantung baby : 142
kedudukan baby pun ok...kepala dah kat bawah...mudah2 an dapat bersalin normal...berharap sangat...moga semuanya selamat....dan hari ni tak di sangka2 nurse suruh g makmal cek hb plk...aikk...bukan minggu lepas dah cek ke...biasa sebulan sekali je...nurse cakap untuk pantau hb for 36 weeks pregnancy....ape lagi berdebar lah saya....coz dh lama xmakan vitamin...bayam pun xmakan semalam...lps cek..tengok result..fuhh...lega...11.0...paras hidung...hehe...alhamdulillah...check up kali ni suami teman...kesian plk kat dia...lama jgk menunggu...biasa lah...kat paka ni ramai sungguh si ibu yang mengandung...hehe...sementara tunggu nurse panggil tu...sempat la gi breakfast dlu kat gerai sebelah...boleh isi perut sambil2 hilangkan boring....
Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari.
Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45
sentimeter dari kepala ke jari kaki.
Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement
iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa
lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa.
Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita
melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar.
Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan
nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna kami.
Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda
sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara
37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan
sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat
waktu atau post-term.)
Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk
melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan
mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa
apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke
dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda
supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk
melahirkan.
* DALAM DEBARAN...TAK SABAR MENUNGGU KEHADIRAN SI COMEL MENJENGAH DUNIA....
No comments:
Post a Comment