Sebenarnya dah mula terasa sejak minggu ke-30...tp x sekerap sekarang....bila ia menyerang...tahan nafas jgk sekejap...perut sampai senget dan membonjol...huhu...skrang ni makin kerap terasa...nak2 time kalo naik kete...xkira la sendiri drive ke...atau org lain drive....so, kalo nk jalan jauh skit...mula la risau...kalo check up kat klinik ada gak bagitau nurse...dia ckp kalo kerap n lama cepat2 datang klinik....tapi biasa...xsampai pun 30 saat dia mengeras...sekejap je...cuma yang perasan sekarang ni agak kerap skit....so, cuba cari maklumat tentang masalah ni...rupa2 nya ia merupakan latihan untuk rahim kita menghadapi kontraksi yang betul2 masa proses kelahiran nanti...saya copy paste je kat sini...
Kontraksi
yang ditemui pada tahun 1872 oleh ahli kebidanan Inggeris, John Braxton
Hicks ini sebenarnya hanya merupa proses pengencangan otot-otot rahim.
Otak mengirim signal agar tubuh mempersiapkan diri menghadapi
persalinan dengan cara membuat kontraksi otot-otot rahim seperti yang
dirasakan (seperti rasa sakit senggugut).
Biasanya
keadaan ini hanya berlangsung selama 1-2 minit sahaja. Kontraksi ini
boleh berlangsung sepanjang kehamilan, dan semakin menguat pada bulan
terakhir. Tanpa kontraksi Braxton Hicks ini, persalinan cenderung lebih
lama, lebih menyakitkan, dan keberkesanan kontraksi sebagai usaha
menggalakkan bayi melalui jalan lahir menjadi kurang berkesan. Di sisi
lain, kontraksi Braxton Hicks yang dialami menjelang persalinan juga
bermanfaat untuk melembutkan mulut rahim. Walaupun kontraksi palsu ini
seringkali baru dirasakan wanita hamil pada trimester ketiga, sebenarnya
sudah terjadi pada minggu 28 kehamilan. Jika sudah pernah hamil
sebelumnya, anda mungkin boleh merasakan kontraksi ini lebih awal.
Tidak
semua wanita hamil merasakan kontraksi Braxton Hicks. Bagi sebahagian
wanita hamil, kontraksi ini tidak menyakitkan. Tapi bagi sebahagian yang
lain, kontraksi ini sangat mengganggu, menyebabkan ketidakselesaan
terutama menjelang persalinan. Apalagi semakin mendekati harinya,
kontraksi ini juga semakin kuat. Kontraksi ini timbul secara tidak
teratur dan rentang waktunya berbeza-beza. Seringkali terasa timbul
entah dari bahagian perut sebelah mana.
Saat
terjadi kontraksi Braxton Hicks, anda dapat merasa otot rahim menegang.
Hal ini membuat otot perut pun ikut mengencang dan keras jika
disentuh. Walaupun hanya berlangsung sesaat, anda mungkin merasakan
nyeri pada perut yang kemudian menjalar ke tubuh bagian bawah. Beberapa
hal yang mungkin mencetuskan terjadinya kontraksi ini antara lain
pergerakan bayi dalam rahim, selepas membawa beban yang cukup berat atau
bersenam, dehidrasi atau selepas melakukan hubungan seksual.
Meskipun
demikian, anda tak perlu bingung membezakan kontraksi Braxton Hicks
dengan kontraksi persalinan yang sebenarnya. Intensitas kontraksi
Braxton Hicks biasanya tidak semakin kuat dan akan menghilang, sedangkan
kontraksi persalinan justeru menguat dari masa ke masa. Jika kontraksi
Braxton Hicks cenderung berkurang apabila anda menukar kedudukan,
kontraksi persalinan justru semakin terasa. Ini kerana kontraksi
persalinan juga berfungsi untuk membuka dan menipiskan mulut rahim.
Selain
itu kontraksi Braxton Hicks berlaku secara sporadis dan tak beraturan,
sementara kontraksi persalinan memiliki pola tertentu dengan rentang
waktu yang semakin kecil. J Jika pada awalnya anda merasakan kontraksi
tiap 15 minit, setelah beberapa waktu anda akan mengalami kontraksi tiap
10 minit, dan semakin dekat waktunya. Perbezaan lain, kontraksi Braxton
Hicks cenderung tidak menyebabkan rasa sakit, hanya ketidakselesaan.
Sedangkan kontraksi persalinan menyebabkan rasa sakit.
Untuk
meminimumkan ketidakselesaan akibat kontraksi Braxton Hicks, cubalah
mengubah kedudukan atau menamatkan aktiviti yang sedang dilakukan.
Beristirehat sejenak dan minum segelas air. Biasanya perubahan
sederhana boleh membuat kontraksi berhenti. Jangan lupa untuk tetap
mencukupi keperluan air kerana dehidrasi seringkali menyebabkan kaku
pada otot dan mencetuskan timbulnya kontraksi Braxton Hicks.
Selain
itu, seringlah mengosongkan pundi kencing kerana iritasi pada organ
tersebut juga boleh membuat kontraksi Braxton Hicks semakin kuat.
Bernafas perlahan dan dalam boleh membantu mengurangkan rasa tak selesa.
Manfaatkan kontraksi ini untuk melatih kesiapan anda menghadapi
persalinan.
* fuh..lega skit bila mengetahui fakta sebenarnya...
No comments:
Post a Comment