1. sup ayam (saya guna 3 ketul utk grg nnti + bhgn tulang(kaki+leher+tulang rusuk) utk maniskan kuah)
- halia + bawang merah (dlm sebijik 2) + bawang putih (dlm 3 ulas) => tumbuk semua + buah pelaga (3 biji - ketuk) + kulit kayu manis (1 btg) + bunga lawang (2 kuntum) =>> tumis sampai garing
- kemudian bubuh air > letak ayam > garam + perencah sup adabi (serbuk yg dalam paket tu - saya guna sepeket)
- bubuh bawang besar (1 biji - potong besar2) > rebus hingga ayam masak
*** sekarang boleh ambik stok (kuah) untuk nasi ayam dan ambil ayam utk diperap ***
- sediakan kuah sup untuk di makan bersama nasi ayam: bubuh batang saderi + akar daun sup + kiub ayam + carrot + tomato
2. nasi ayam
- halia (3 - 4 keping) + bawang merah 1 biji (mayang) + kiub ayam (1 ketul) + garam + butter cup (sepotong) + kuah sup
- tumis bawang + halia dengan butter, pastu masukkan beras yang telah dibasuh n direndam, goreng seketika...lps tu bolehlah dimasukkan kuah sup + kiub dan garam...then masak la beras sampai jadi nasi :)
3. sambal merah
- halia (2-3 hiris) + bawang putih (3 ulas) + cili merah + garam + gula + tomato + kuah sup > blend > masakkan dgn api perlahan dan ceduk sedikit utk kuah kicap (ade org letak cuka skit...tapi saya xletak..dh masam dgn tomato...
4. sambal kicap
- sambal merah (tapis kalau nak tapi ina belasah jer gitu xder nak tapis2) + kicap = siap!
5. ayam
- perap ayam yang dikeluarkan dari sup tadi dengan kicap + sos tiram + [bawang merah + halia (tumbuk)] => perap min 30 min paling minumum, lagi lama lagi sedap => goreng
makan malam utk 2 org...alhamdulillah
jom makan...:)